Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Setelah Menonton Teater "Sultan Alaudin"

with 4 comments

Sudah lama tidak menonton teater. Kali terakhir, barangkali di Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Negeri Sembilan – teater muzikal Bertangga Naik, Berjinjang Turun arahan Allahyarham Wagiman NS.

Selain itu, agak sukar untuk mendapatkan masa yang sesuai. Selalunya teater dimainkan pada waktu malam. Waktu demikian juga agak sukar bagi saya yang sudah berkeluarga dan punya anak-anak yang masih belum boleh dibawa menonton teater.

Dahulu, sewaktu di UKM, boleh juga ‘tumpang sekaki’ kalau ada kawan-kawan yang mengajak pergi menonton teater. Kali pertama, saya menonton Kunang-kunang Gunung Ledang – sebuah dramatari Azanin Ahmad di Auditorium DBKL. Ketika itu, masih dalam tahun pertama matrikulasi. Tidak lama selepas itu, menonton pula Paduka Oedipus di Kompleks Belia Negara (berhampiran ASWARA sekarang).

Selebihnya, saya hanya dapat ‘mendengar’ tentang teater itu dan ini, tanpa ada sebarang kesempatan untuk pergi menikmatinya. Lantai T. Pinkie pun saya tonton di televisyen sahaja.

Kesempatan menonton teater 2 Jam Sebelum Sultan Alaudin Syahid Diracun (selepas ini dirujuk sebagai ‘teater Sultan Alaudin’) mengubat sedikit sebanyak rasa ‘rindu’ untuk menonton teater. Ia bukan sekadar mahu menonton buah tangan Faisal Tehrani, tetapi paling penting mahu melihat kewibawaan Dr. Abu Hassan sebagai pengarah.

Ternyata teater Sultan Alaudin tidaklah mengecewakan, walaupun satu jam pertama hampir-hampir membuatkan saya hilang tumpuan. Monolog yang agak panjang kerana mahu establish premis watak masing-masing. Apabila sudah masuk hari keempat, pelakon seperti sudah tidak berada dalam penghayatan watak sepenuhnya. Tetapi, mereka kembali menguasai watak apabila sudah masuk ke pertengahan cerita dan semakin memuncak. Klimaksnya mengujakan!

Naskhah ini menggunakan pendekatan yang berbeza daripada teater tipikal. Walau bagaimanapun, kritikan terhadap senario politik negara agak ‘berleluasa’ dalam persembahan ini dan boleh memualkan juga. Sebagai penonton, cukuplah sekali dua hal tersebut diangkat dengan cara yang berkesan. Apabila terlalu banyak singgungan terhadap senario politik itu diselitkan, terasa sangat pengarang ataupun pengarah undermining the audience.

Ooops! Cukuplah setakat itu komen tersebut kerana malam ini adalah malam terakhir pementasan. Tentu sahaja saya tidak mahu mengecewakan penonton yang mengambil peluang terakhir untuk menonton. Naskhah ini berat untuk dipentaskan, jadi kepada sesiapa yang mengharapkan sebuah persembahan yang sekadar menghiburkan, mungkin ini bukan untuk anda. Pementasan ini sarat dengan mesej dan mengajak kita berfikir sedalam yang mungkin.

Belilah tiket berharga RM30 ataupun RM50 kerana dengan tiket RM10 anda akan diletakkan di belakang sekali. Tentu tidak puas menonton dari jarak tersebut. Bawa juga baju tebal, khabarnya, kalau alat pendingin hawa dihidupkan kesemuanya, bilik itu boleh beku.


Datang awal jika mahu membeli beberapa buku Faisal Tehrani yang turut dijual di luar dewan. (Gambar : Azree & SM Zakir sedang memilih buku sebelum teater bermula)

.
.

Written by annyss

Ogos 29, 2008 pada 7:57 am

Dikirim dalam Faisal Tehrani

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam & selamat menyambut ramadhan. Setuju dengan Nisah, monolog permulaan agak panjang walaupun penuh dgn istilah2 berani & sinis.

    inamarjanaulfah

    Ogos 30, 2008 at 12:44 am

  2. Salam Kak Nis,

    Bayar RM10 duduk belakang sekali?Saya, Nasriah,Hanie,Fazlan,Ghafirah semuanya geng2 penyamun MPR ni duduk kat depan dengan harga tiket paling ciput tu.Depan sekali pulak tu…pastu kami yang gelak paling kuat!

    Gagasan teater ni berani.Tapi sebagai ‘cikgu’ drama, saya rasa certain parts agak dragging.Oh,ya…yg jadi coffee boy tu rakan sepejabat di UPM.

    Rai

    Ogos 31, 2008 at 10:26 pm

  3. Salam Kak Ina,
    Selamat berpuasa!

    Rai,
    Oh, Rudy kerja di UPM? Tak tahu pulak beta.

    Nisah Haji Haron

    September 1, 2008 at 5:39 am

  4. Salam.

    Dear Pn Nisah.

    Saya kali pertama saya memnonton teater Melayu. Dan saya bersetuju dgn kebanyakan komen – saya dan suami ‘terseksa’ utk sampai ke ending. Lepas tu references kpd liwat terlalu byk. Saya jadi penat dan bosan.

    However, we managed to get Faisal Tehrani’s books for on discount. Saasatul Ibaad dapat diskaun. Seronok betul!

    PEYJA

    September 2, 2008 at 9:14 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: