Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Lauk Sahur Paling Lazat

with 7 comments


Seringkali apabila sahur, saya sering buntu. Selalunya, lauk yang dimakan sewaktu berbuka puasa, masih boleh disimpan dalam peti sejuk dan kemudian dipanaskan semula sewaktu sahur.

Dan, waktu sahur juga bukanlah waktu yang paling menyelerakan. Kalau makan pun, oleh kerana disunatkan bersahur dan untuk keadaan diri saya pada waktu ini, harus bersahur kalau mahu bertahan sepanjang hari. Itu juga nasihat dari doktor.

Adakalanya, saya rindukan waktu ‘muda’. Sewaktu mampu berpuasa tanpa bersahur. Selalunya akan bersahur pada lewat malam dan terus tidur hingga subuh. Kini, zaman itu sudah berlalu. Saya harus mengambil sahur untuk terus bertenaga.

Pagi semalam, suami menggoreng ikan bilis garing. Kemudian diasingkan. Digoreng pula bawang dan cili yang telah dihiris. Lalu digaulkan kesemuanya di dalam kuali. Langsung jadi lauk yang sangat menyelerakan sewaktu dingin pagi. Terus terbuka selera. Lauk yang lain dipandang sepi.

Anak-anak yang masih di sekolah rendah pula nampaknya bersemangat berpuasa. Dua orang anak sulung dan kedua saling berlumba-lumba untuk melengkapkan puasa masing-masing. Saya kagum juga dengan endurance masing-masing. Anak ketiga masih di peringkat tadika. Dia cuba juga berpuasa, tetapi di selang-seli dengan minum seteguk dua air masak ataupun mengunyah biskut. Katanya, selepas minum nanti, dia akan puasa semula!

Saya senyum sahaja. Biarlah. Mereka belajar berpuasa. Insya-Allah, akan saya tunaikan janji kepada mereka jika mereka dapat berpuasa sebanyak mungkin. Itu dorongan dan rangsangan untuk anak-anak sebelum mereka benar-benar menghayati apa itu berpuasa.

gambar : sekadar hiasan
.
.

Written by annyss

September 15, 2008 pada 5:00 am

Dikirim dalam santai

7 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam Nisah

    Tengok gambar pun sudah menyelerakan. Teringat pula semasa di Matrikulasi UIA 18 tahun sudah. Kami sebilik pakat tempah sambal bilis kering dari Mak Cik Cafe. Tahan sebulan bersahur. Tambah pula dengan serunding ikan dan daging.

    Nisah, ‘ada’ lagi ke? Kalau betul, alhamdulillah.

    Kak Ani Segamat

    Anonymous

    September 15, 2008 at 9:03 am

  2. Kak Ani,
    Insya-Allah, penghujung Oktober nanti – akan diumumkan di sini.

    Nisah Haji Haron

    September 15, 2008 at 1:10 pm

  3. Kalau Oktober, dia akan berbintang Libra seperti saya🙂

    Selain sambal ikan bilis, kadang-kadang telur sama kicap pun masyukkk haha

    dugongsenyum

    September 15, 2008 at 11:07 pm

  4. Salam

    Saya ada melihat saudari dtg ke blog saya yang entah apa-apa tulisannya itu dan saya sangat berbesar hati.

    Salam kenal puan. Lain waktu jika berkunjung lagi,berbicaralah sepatah dua.

    Salam Ramadhan.

    Water Lily

    September 16, 2008 at 8:04 am

  5. Wah,sebijik mcm lauk sahur saya.Saya pun panggil lauk ni sambal goreng.Tapi yg suka mkn saya sorang je kat rumah tu.

    Rai

    September 16, 2008 at 10:37 am

  6. Makanan waktu sahur memang susah hendak difikirkan. Makanan lepas berbuka anak-anak tidak mahu makan lagi semasa sahur. Sudahnya buatkan sahaja roti telur dengan burger😀

    ~zalisamaz~

    Anonymous

    September 16, 2008 at 1:00 pm

  7. dari awal ramadhan nak bangun sahur..tapi asal bangun je orang da azan subuh..camne??

    Chiron

    September 17, 2008 at 4:16 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: