Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Menguruskan Duit Raya

leave a comment »

Salam Eidulfitri buat semua!

Bagi sesiapa yang masih belum ada anak, mungkin hal yang saya perkatakan di sini tidak ada berapa banyak signifikannya. Malah, ramai juga antara mereka yang sudah bekerja tetapi belum berkahwin akan mengeluh apabila tibanya musim raya. Ini disebabkan merekalah yang terpaksa memberi duit raya kepada anak-anak buah dan anak-anak saudara mara ataupun anak-anak kawan-kawan.

Pengalaman menguruskan duit raya apabila sudah ada 4 orang anak ini mengajar saya cekap membuat matematik – sama ada saya suka ataupun tidak. Seperti biasa, ibulah yang akan menjadi ‘akauntan’ tidak rasmi. Anak-anak hanya tahu jadi ‘tukang audit’ saja. Semua duit raya akan diserahkan kepada ibunya (yang selalunya ada beg tangan besar) untuk disimpan. Apabila sampai di rumah, ibunyalah yang akan ditanya berapakah jumlah duit raya yang terkumpul hari ini ataupun di manakah duit raya yang telah diserahkan.

*Hai* Letih juga kalau akauntannya seorang tetapi juruaudit sampai 4 orang!🙂

Tahun ini, saya buat sedikit catatan berapa jumlah, siapa yang beri dan di mana duit raya itu diperoleh. Catatan itu boleh membantu jika ada short di mana-mana apabila membuat perkiraan. Adat orang anak ramai seperti saya, jumlah yang diberikan oleh orang lain kepada mereka tidaklah sebanyak mana. Pun, saya bukanlah terlalu mengharap mereka diberikan duit raya. Saya lebih mengutamakan ukhwah yang sedang dijalankan. Paling penting, mereka tahu rumah siapa mereka pergi, apakah hubungan kami dengan tuan rumah dan mengapa kami harus ke sana lagi pada kunjungan Hari Raya yang akan datang.

Memberi duit raya pula, saya tidak terlalu berkira. Saya fikir, jika ada anak-anak yang datang (khususnya anak-anak saudara, anak-anak rakan/taulan), saya anggap mereka itu pembawa rezeki kepada rumah kami. Memberi duit raya sebagai tanda meraikan kedatangan mereka dan juga memberi keseronokan kepada anak-anak itu tidak kurang pentingnya. Rasulullah S.A.W. juga biasa membuat kanak-kanak gembira.

Adakalanya, kalau saya tak tahu nak beri apa-apa lagi, saya hadiahkan sahaja mana-mana buku saya yang sesuai untuk kalangan pembaca-pembaca muda itu. Oh, saya pula terasa lebih bahagia memberikan mereka bahan bacaan yang berfaedah.

Written by annyss

Oktober 5, 2008 pada 1:19 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: