Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Usman Awang (12 Julai 1929 – 29 November 2001)

with 2 comments


Semasa hayatnya, saya tidak pernah berpeluang bertemu dengannya. Khabarnya, dia seorang yang lemah lembut tetapi punya pendirian tegas. Saya hanya mampu mendengar dari orang kedua, ketiga dan seterusnya tentang peribadi insan ini. Seandainya hajat itu terlaksana, alangkah indahnya pertemuan itu barangkali.

Saya pernah mendengar cerita dari Dr Amida Abdulhamid (Kak Anis) tentang Almarhum Usman Awang. Katanya, apabila dia dengar Usman Awang hendak berjumpa dengannya di pejabat (ketika itu di DBP, kalau tak salah pendengaran saya), lemah segala sendi dan jantung bagai hendak gugur. Bukannya apa, kata Kak Anis, ‘maklumlah seorang penyair besar mahu bertemu dengan seorang penulis kecil yang baru hendak menulis cerpen. Tetapi, apabila bertemu ternyata dia seorang yang tenang dan pertemuan itu jadi selesa.’

Ya, saya boleh bayangkan apa yang diceritakan Kak Anis itu. Sehingga kini, dia antara penyair yang saya ingin temui tetapi kini sudah tentulah mustahil. Karyanya merentas sempadan bangsa dan agama.

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya.

** Mulai malam ini, esok dan lusa, ada siaran biografi Usman Awang bersiri di RTM 1 dalam slot Galeri Perdana, jam 8.30 malam. ** – SMS dari Puan Haslina Usman (Puteri kepada Almarhum)
.
.

Written by annyss

November 26, 2008 pada 9:32 pm

Dikirim dalam Sasterawan Negara

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. a’kum.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog..🙂

    JHaZKiTaRo

    November 27, 2008 at 10:29 am

  2. salam nisah,
    allahyarham memang kaya senyuman. dan sebelum menegur, dia akan memandang tepat kepada seseorang. and very fatherly…
    wassalam.

    NUR ILHAMI

    November 30, 2008 at 9:33 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: