Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

with 2 comments


Menurut Rachel Simon, pengarang novel Riding a Bus With My Sister,

“The biggest impediment to writing is not friends or teachers or editors, or anything external. Not the other stars in the classroom, nor your eye-rolling wife, nor the denouement that won’t get done, nor even the editor who wouldn’t buy or promote your book. The biggest impediment to writing is you.”

Kenyataan ini boleh sahaja dinafikan ataupun diakui oleh kebanyakan penulis. Namun, hakikatnya kata-kata Simon memang lebih banyak kebenaran daripada yang sebaliknya.
Menulis sebuah prosa, khususnya novel memerlukan kesungguhan yang bukan sedikit.
Meskipun ada penulis yang menyatakan bahawa menulis novel itu lebih bebas kerana banyak hukum-hukum penulisan yang dapat dilonggarkan, misalnya, jumlah watak, panjang bab, panjang novel tidak ada had yang tertentu berbanding cerpen. Secara perbandingan kasar di antara kedua-dua genre ini, cerpen yang relatif pendek itu boleh disiapkan dalam masa yang lebih singkat.

Manakala novel pula, tidak mungkin disiapkan dalam tempoh sehari ataupun beberapa hari. Paling segera, sebuah novel dengan anggaran 150 halaman bertaip langkau dua baris mungkin boleh disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Hal ini amat bergantung kepada disiplin, pengalaman, daya kepengarangan yang mantap, kepantasan menaip serta persediaan awal yang kukuh. Tempoh 2 minggu itu khusus untuk proses penulisan semata-mata.

Bagi pengarang yang tidak mungkin menulis sepantas itu tanpa menjejaskan kualiti karya, suatu tempoh yang lebih panjang diperlukan. Tidak mustahil berbulan-bulan ataupun mungkin bertahun-tahun dalam menghasilkan draf pertama sahaja. Oleh hal yang demikian, stamina seseorang pengarang itu amat penting supaya nafas kepengarangannya tidak putus ataupun tercungap-cungap sewaktu berada di bab-bab pertengahan ataupun ketika menghampiri penghujung karya.

Ramai pengarang ataupun calon pengarang yang berjaya mendapat idea serta memulakan novelnya dengan segera. Sayang sekali, daripada jumlah tersebut, tidak ramai pula yang berjaya meneruskan perjalanan penulisannya dan terlalu sedikit yang berjaya meletakkan noktah yang terakhir.

Hakikat inilah yang membezakan pengarang yang dapat melihat hasil karyanya diterbitkan dengan calon pengarang yang masih lagi mempunyai idea menulis tetapi setakat ini tidak memulakan proses penulisan itu sendiri.

– Petikan daripada kertas kerja Nisah Haron dalam Persidangan Kebangsaan Sastera Remaja di USM, Pulau Pinang pada 24 Disember 2008

Written by annyss

Disember 31, 2008 pada 6:20 am

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Yang menjadikan masalah mungkin apabila penulis menjadikan kerja menulis sebagai kerja sampingan. Kepenatan yang terbawa sedari pejabat memberi pengaruh kepada perasaan mahu menulis.

    Mungkin juga hal ini kurang berlaku kepada penulis sepenuh masa. Yang mengabdikan diri untuk menghasilkan karya semata-mata. Kerana di situ ‘survival’ nya.

    Dan hasil antara kedua jenis ‘kelapangan’ ini memberi pengaruh kepada hasil karyanya. Mungkin.

    Kita masih kurang yakin dengan kerjaya sebagai penulis. Mungkin.

    bayan

    Disember 31, 2008 at 8:09 am

  2. Bayan,
    Segalanya memang mungkin. Tetapi, kita mampu merealisasikan kemungkinan itu. Yakinlah kepada-Nya!

    Nisah Haji Haron

    Januari 2, 2009 at 2:08 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: