Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Pengarang "Dua Dunia" pulang ke rahmatullah

with 3 comments


Mohd Ghazali Tocheh, pengarang istimewa telah pulang menyambut panggilan Ilahi petang ini.

Saya tidak pasti berapa ramai di kalangan remaja hari ini yang mengenali beliau sebagai pengarang OKU. Walaupun keadaan fizikal yang demikian, beliau sungguh prolifik dalam menghasilkan karya.

Novel “Dua Dunia” ini merupakan novel pertama yang saya pinjam dan baca dari perpustakaan sekolah sewaktu di tingkatan satu.

Saya pernah cabar diri : kalaulah insan yang cacat penglihatan seperti Mohd Ghazali Tocheh boleh menulis banyak buku, mengapakah aku yang Tuhan berikan kesempurnaan fizikal masih tidak mampu menulis?

Dengan kata-kata itu, saya pun terus tidak menoleh lagi. Banyak sekali karya yang Almarhum tinggalkan. Terjumpa laman blognya, boleh layari di sini.

Salam takziah buat keluarga Almarhum.

Al-Fatihah.
.

Written by annyss

Januari 6, 2009 pada 6:27 pm

Dikirim dalam Al-Fatihah

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Al-fatihah, saya kira zaman saya membesar dan membaca, ini adalah salah satu novel yang dibaca di pustaka ilmu. Barangkali namanya tidak sebesar artis yang dipuja dan disanjung, maka pemergianya hanya ditangisi oleh kaum sahabat dan handainya serta orang yang pernah membaca karyanya.

    Serunai Faqir aka SF

    Januari 6, 2009 at 9:56 pm

  2. AlFatihah. Amin. Memang saya tidak boleh lupa buku Dua Dunia, seperti kata Serunai, salah satu buku novel kanak2 yang saya beli dan baca ketika zaman sekolah. Wah, bagus la, beliau mendapat pahala kerana menjadi salah seorang mentor Nisah.

    Omecool20

    Januari 8, 2009 at 1:42 am

  3. Saya antara insan yang pernah bertemu Allahyarham, iaitu ketika Bengkel Sastera di Bukit Fraser pada 10-11 November 1990. Bengkel itu dibimbing oleh Othman Puteh (Allahyarham) dan Hamzah Hamdani. Saya terharu dengan Allahyarham Mohd. Ghazali Tocheh yang ditemani oleh seorang kanak-kanak peremppuan ketika itu. Yang paling saya ingat ialah peristiwa dalam bas semasa turun dari Bukit Fraser. Al-Fatihah.

    antara sejarah dan nostalgia

    Januari 11, 2009 at 7:20 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: