Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

"Nisah Haron – Pengarang" di Facebook

with one comment


Halaman ini diwujudkan kepada mereka yang memiliki Facebook dan berminat untuk menyertainya. Laman Nisah Haron – Pengarang ialah tempat menghimpunkan pengumuman khusus tentang pengkaryaan, buku-buku dan segala yang berkaitan dengannya. Perbincangan khusus juga boleh dilakukan di sana.

Laman ini berbeza daripada laman Facebook Nisah Haron.

* * *

Adakalanya, saya tidak dapat hendak meluluskan permintaan ramai daripada kenalan yang mahu menambah saya sebagai senarai rakan-rakan di Facebook. Kalau boleh, memang saya mahu luluskan sahaja semua sekali. Malangnya, jumlah permintaan yang agak ramai itu akan membuatkan saya ‘kehilangan’ rakan-rakan sedia ada kerana mereka ini akan ditenggelamkan.

Saya terpaksa memilih kenalan untuk diluluskan sebagai kenalan saya di Facebook kerana kalau boleh saya tahu siapa dia itu berdasarkan ruangan maklumat peribadinya. Jika tiada sebarang maklumat yang boleh membantu saya mengenali siapakah calon kenalan itu, mungkin sukar juga untuk saya menambah orang itu ke dalam senarai rakan. Ini juga mungkin bermaksud, dia mahu kenal siapa saya sebaliknya, dia tidak mahu saya tahu siapa dia. Pada saya, jalinan kenalan (bukan persahabatan, kerana pada saya definisinya berbeza) haruslah bermula dengan tautan salam dan bertukar-tukar maklumat asas. Sekurang-kurangnya, tahulah juga seperti ‘ooo, dia ini pelajar”, “dia ini selalu baca karya saya” ataupun “dia ini sahabat saya yang hilang dulu”.

Oleh sebab ramai yang tidak membantu saya dalam membuat keputusan, ada hampir 200 orang calon kenalan yang tidak dapat saya luluskan permintaannya. Saya tidak delete calon-calon tersebut, kerana saya fikir, mungkin satu hari nanti saya mungkin tambah mengenalinya.
.
.

Written by annyss

Februari 20, 2009 pada 6:14 am

Dikirim dalam Nisah dalam Media

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam puan.
    mcm pernah kulihat latar gambar ini.
    di mana ya?

    Zaid Akhtar

    Februari 20, 2009 at 8:25 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: