Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Hadiah Hari Lahir

with 13 comments

Terima kasih atas semua tanda ingatan dan doa buat saya sekeluarga.

Saya ada beribu-beribu sebab untuk bersyukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia saya bagi meneruskan perjuangan.

Terima kasih atas kiriman hadiah dan juga kejutan dalam majlis Forum Mini – Konvensyen Sai-Fai semalam. Saya sungguh teruja menyambut hari lahir dikelilingi buku.

Malam ini juga saya akan ke udara di RTM bagi memperkatakan tentang buku dan minda kelas pertama.

Bersyukur kerana semalam PTS telah menyerahkan novel saya untuk dibuat bacaan pruf. Khabarnya boleh terbit sekitar hujung Jun. Ah, pantas sekali mereka bekerja. Terima kasih Puan Ainon dan editor-editornya yang baharu tetapi cepat sekali belajar untuk mempertingkat diri!

Hari ini juga saya ke Pesta Buku sekali lagi (tentu sahaja berganding (dan dating) dengan CEO Ujana Ilmu). Banyak juga buku yang saya beli untuk diri sendiri sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak.

Bersyukur kerana Allah memberi kekuatan untuk terus menulis dan memperjuangkannya.

Written by annyss

April 20, 2009 pada 4:23 pm

Dikirim dalam hari lahir

13 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Moga terus kuat berkarya 🙂.

    Welma La'anda

    April 20, 2009 at 6:03 pm

  2. JANGAN LUPA PERJELASKAN ISU BAHASA MELAYU DI RTM MALAM INI PEJUANG BAHASA SEKALIAN……………GEGARKAN RTM…SEDARKAN KAMI ANAK BANGSA BETAPA PENTING ACUAN TERSENDIRI BERERASKAN ISLAM SEJATI BUKAN BARAT SANA SINI SEPERTI SEKARANG INI.

    D'Rimba

    April 20, 2009 at 6:20 pm

  3. Salam.

    Sewaktu Pak Nal bercakap dalam telefon petang tadi “Kauperlu tengok TV1 jam 9.30 malam nanti!” Saya kata “saya dah baca blog Puan Nisah pagi-pagi lagi.” Maka sudah tentulah saya dan Pak Nal antara penonton “Di Luar Lingkungan” dengan tajuk “Melarik Minda Kelas Pertama…” sebentar tadi….

    Abdul Rahman Sokran

    April 20, 2009 at 10:29 pm

  4. Salam.

    Saya tengok di tivi yang hampir uzur. Dapat juga tengok, alhamdulilah.

    Menarik. Sangat, sangat, sangat…

    Apapun, tahniah kepada Puan Nisah Haron.

    Rasanya, paling cun pula bila hujah-hujah itu berdiri tambah bila berdirinya hujah dengan Pn Ainon…
    Ah, sudah Puan Ainon pun cun….

    masyaAllah….

    fadzil yusof

    April 20, 2009 at 10:59 pm

  5. Berkumandang suara saudari Serikandi bangsa di media. Tahniah atas kupasan isu mantap antaranya isu sistem pendidikan menilai berdasarkan keputusan peperiksaan di atas kertas semata. Kurang diterapkan nilai Islam dan diseimbangkan antara teori dan praktikalnya bagi melahirkan ramai generasi pencipta dan pengeluar sesuatu produk bermula dari tadika hingga di universiti..Sesungguhnya matapelajaran dan sukatan berkaitan penciptaan dan perniagaan perlu dititik beratkan dan dilaksanakan secara berkesan bermula di tadika hingga universiti bagi membudayakan perniagaan sekaligus dapat melahirkan usahawan berjaya secara tak langsung membuka ruang dan peluang pekerjaan lebih banyak kepada diri sendiri mahupun orang lain…….Tahniah sekali lagi. Sayalah orang pertama yang menelefon rancangan ini tadi membangkitkan isu terjemahan ilmu dalam bahasa Melayu beracuan tersendiri berteraskan Islam sejati. Saya amat cintakan bahasa amat hormati pejuang bahasa setiap gerak dan tindakan kalian akan kujejaki jua.

    D'Rimba

    April 20, 2009 at 11:47 pm

  6. Nisah,
    salam hari lahir; semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa. tahniah ke udara di RTM1, tapi tak sempat menonton tv kerana ada urusan lain waktu itu.

    Kamariah Kamarudin

    April 21, 2009 at 9:36 am

  7. Salam.

    Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan “Selamat Hari Lahir yang ke-??”

    Terima kasih juga kepada puan kerana mengingatkan saya tentang DLL malam semalam🙂

    Bunnybaby

    April 21, 2009 at 2:38 pm

  8. Sanah Helwah Ya Ukht..

    Semoga diberkati Allah senantiasa

    salam ukhwah fi sabilillah

    April 21, 2009 at 5:30 pm

  9. salam,

    selamat hari lahir
    semoga terus diberi kekuatan dan dirahmati Allah dalam perjuangan…

    A.Z. Haida

    April 21, 2009 at 7:57 pm

  10. Terima kasih semua!

    Drimba, saya sedikit kecewa dengan soalan sdr. Saya harapkan kepada orang yang sering meninggalkan jejak di banyak blog tentulah mampu membikin soalan yang menggambarkan pemikiran kelas pertama. Sayang sekali, itu soalan klise daripada mahasiswa yang takut kepada serangan barat dan langsung tidak bersedia untuk mempertahankan diri, apatah lagi untuk menyerang balas dengan wacana tersendiri.

    Nisah Haji Haron

    April 22, 2009 at 7:26 am

  11. Salam ulangtahun kelahiran.

    Saya di Pesta Buku pada hari Ahad, tetapi tak sempat ke Forum Sai-Fi.

    Isnin petang pulang ke Ipoh. Mujur sempat menonton DLL. Isunya menarik dan ahli panelnya juga hebat-hebat. Saya rasa waktu sejam tidak mencukupi. Harap ada program susulan untuk tajuk yang sama.

    Budaya membaca memang sudah berkembang. Saya dapat rasakan peningkatan berbanding semasa saya mula menulis di blog tahun 2004.

    Khalayak pembaca buku berbahasa Melayu sudah bertambah, begitu juga penulisnya.

    Kini tugas penulis untuk meningkatkan mutu penulisan, supaya pembaca juga mendapat ilmu dari apa yang dibaca.

    Pembaca juga perlu meningkatkan tahap pembacaan supaya memilih bahan bacaan yang bagus..

    Jiwa Rasa

    April 22, 2009 at 6:36 pm

  12. Baiklah saya kan mencuba meningkatkan kualiti tapi percayalah saya sedang dikelilingi anak bangsa yang makin menjauhi acuan tersendiri berteraskan Islam sejati itulah tercetus soalan sedemikian rupa kerana bimbang. Secara jujur kami anak bangsa amat dahagakan ilmu yang hebat dalam bahasa sendiri untuk dipelajari diterapkan nilai dan Islam sejati……..Saya tekankan terjemahan ilmu dalam bahasa sendiri supaya kita boleh terapkan acuan dan nilai Islam dalam seluruh ilmu……..

    D'Rimba

    April 24, 2009 at 5:44 pm

  13. Apa yang saya maksudkan telahpun dikupas dengan rapi oleh Puan Ainon malam itu, itulah maksud saya yang sebenar lagi jelas. Sememangnya saya bukan tergolong dalam minda kelas pertama seperti saudari tapi masih tetap cintakan menuntut ilmu dalam bahasa sendiri beracuan tersendiri berteraskan Islam sejati. Sedikit tersasar sangkaan saudari serikandi bangsa berminda kelas pertama terhadap saya mengaibkan saya di sini. Saya tidak rela pemikiran kelas pertama dengan segala acuan barat, saya lebih rela pemikiran saya dikuasai Islam sejati dijamin Allah menuju sempurna…

    D'Rimba

    April 24, 2009 at 5:59 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: