Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Melarik Kelas Pertama di celah runtuhan budaya ilmu..

with 3 comments

Malam ini, saya telah diundang ke RTM 1 bagi membicarakan topik  hangat : 

Melarik Kelas Pertama di celah runtuhan budaya ilmu

Perantara : Sayed Munawwar (gambar di sebelah)

Temu janji kita ialah pada jam 9.30 malam secara langsung.

“Satu Malaysia yang berpadu mendokong bangsanya? 
Bagaimana dengan budayanya? 
Bagaimana pula dengan bahasanya? 
Bagaimana pula dengan pemikirannya? 
Tidakkah pemikiran menjadi faktor pemersatu sebenar? 
Sementelah pemikiran rakyat Malaysia masih ditakuk kelas ke tiga, apa yang perlu dilakukan kini? 

Membudayakan ilmu bukan satu gagasan yang baru diperkenalkan. Ia menjadi agenda pendidikan semenjak perdana menteri kedua sewaktu mendemokrasikan peluang pendidikan. Di susul pula dengan pelbagai dasar susulan termasuk pandang ke timur dan terkini universiti apex sekolah kluster dan program permata. 

Tetapi mengapakah takuk pemikiran dalam kerangka yang luas masih terkongkong dalam kepompong lama? Bermula dengan pemikiran politik, budaya harian, krisis membaca sehinggalah kepada kualiti pendidikan tinggi tidak menampakkan kesan yang objektif dan membanggakan? 

Membaca sebagai wahana pembinaan minda masih mendapat perhatian secara sampingan jika tidak masakan kempen membaca hanya terhad kepada institusi perpustakaan dan kementerian pelajaran. Tidak perlu berilmukah kementerian-kementerian lainnya? Tidak perlu hikmahkah pemimpin-pemimpin lain? 

Dengan pelbagai program dibelanjakan demi mempromosikan budaya ilmu, mengapakah tidak terzahir pembudayaan ilmu ini dalam dimensi kemasyarakatn, penterjemahan, penerbitan, pembuatan dasar dan wacana masyarakat sivil yang kesemuanya menjadi petunjuk atau penanda aras budaya ilmu? 

Ataukah sebenarnya budaya ilmu hakikatnya hanya subur dalam kelompok etnik tertentu sahaja? 

Self fulfilling prophecy jika kepimpinan Negara menanamkan kepercayaan bahawa masyarakat Malaysia hanya membaca 2buku setahun. Itu statistikl lapuk yang tidak dapat lagi disandarkan keyakinan ke atasnya. Kini penerbitan dalam Negara mencecah 18 ribu tajuk setahun dan jualan buku terbitan dalam medium Melayu juga terus meningkat dan dianggap kalis gawat. Apa ertinya semua ini? 

Tidakkah ini gambaran bahawa masyarakat sudah semakin minat membaca dan disuburkan pula dengan peningkatan kuasa beli tidak mengira kaum – lambang kemakmuran. Syukurilah.. 

Namun mengapa wacana masyarakat sivil dan perdebatan atau mujadalah masih dangkal dan terkongkong tanpa melibatkan dan jualan akhbar Melayu pula semakin merudum? Apakahyang dibaca oleh masyarakat Melayu sebenarnya? Apa pula yang menjadi santapan minda masyarakat Cina dan India? 

Pernahkah anda mendengar bahawa garbage in garbage out? Maka jika sampah yang dihidangkan maka sampah menjadi santapan dan sampah jugalah yang akan dimuntahkan? 

Tidakkah ini masanya kita meraikan input-input berkualiti agar rakyat Malaysia seluruhnya dapat menjadi feeder atau pemberi input yang baik kea rah pembinaan Satu Malaysia?”

Sumber : http://www.dll.my

Written by annyss

April 20, 2009 pada 7:53 am

Dikirim dalam Nisah dalam Media

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,
    Cara yang bermakna menghabiskan sisa hari sambutan ulangtahun kelahiran. Semoga tercapai segala yang diimpikan.

    Nazhatulshima Nolan

    April 20, 2009 at 10:25 am

  2. Satu Malaysia beracuan tersendiri berteraskan Islam sejati majoriti rakyat Muslim impikan. Tapi gara-gara alasan pelbagai kaum Islam kurang diutamakan dalam setiap keputusan dan terus tegar melaksanakan acuan barat ceduk semata tanpa menambah nilai Islam itu sendiri.

    D'Rimba

    April 20, 2009 at 6:24 pm

  3. Suka tengok kepetahan akak juga Puan Ainon.. bernas setiap bicara.hinggakan moderator mati bicaranya..

    Tahniah ukht

    salam ukhwah fi sabilillah

    April 21, 2009 at 5:25 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: