Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Guru : Definisi Baharu

with one comment


Menurut Tony Buzan, guru-guru bukanlah sekadar mereka yang membantu pelajarnya lulus peperiksaan ataupun mereka yang memastikan bahawa statistik lulus cemerlang pelajar-pelajar di sekolahnya tinggi. Hakikatnya, guru-guru pada hari ini terbeban dengan tugas yang dinyatakan itu.

Berikut beberapa definisi guru yang wajar dimasukkan ke dalam kamus hidup walaupun anda mungkin tidak memegang jawatan guru secara profesional. Saya percaya definisi ini juga boleh terpakai kepada para ibu dan para bapa yang mahu mendidik anak-anaknya menjadi seorang yang mampu berfikir.

New Definitions of a Teacher (Tony Buzan)

1. reducing the pain of stupidity
mengurangkan sakitnya digelar orang bodoh

2. main provider of the intellectual capital of the nation and the world
pemberi utama kepada modal intelektual kepada negara dan dunia

3. mining the 99% of untapped potential
menggali baki 99% potensi yang tidak disentuh

4. provides the main stimulus & nutrition for developing the physical architecture for the students brain
menjadi pemangkin dan sumber untuk perkembangan fizikal kepada seni bina minda pelajarnya


5. protector of the physical & mental health of the students

pelindung kepada kesihatan fizikal dan mental pelajarnya

6. helps the students to build palaces of its potential perfect memory
membantu pelajar membina kamar-kamar di dalam istana minda bagi mendapatkan keupayaan daya ingatan yang sempurna

7. the provider of the correct formulae that allows the inate natural potential for brilliance to grow & flower

pemberi kepada formula yang betul yang membenarkan laluan kepada potensi kecerdasan hidup subur


8. rare privilege of being able to act as a prime role-model for the students

keistimewaan yang langka untuk menjadi model ikutan kepada pelajar

9. person responsible for launching the students’ lifelong learning journey
insan yang bertanggungjawab melancarkan pelajarnya ke platform menimba ilmu yang berpanjangan

10. helps launch the child on the exploration of its own internal universals
membantu pelajarnya meneroka keupayaan minda sendiri

11. provider of worthwhile daydreams and shepherd who helps the students make it come true
memberi angan-angan bermakna dan membimbing pelajarnya merealisasikan angan-angan itu.

Selamat Hari Guru untuk semua insan yang pernah menyentuh hati insan lain dengan sentuhan ilmu! Semoga Allah sahaja yang membalas segala jasamu.
.
.

Written by annyss

Mei 16, 2009 pada 6:47 am

Dikirim dalam Guru

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam Kak Nisah, ucapan Selamat Hari Guru untuk Kak Nisah dan guru-guru yang lain.

    Salah satu perkara yang paling saya ingat dilakukan oleh salah seorang guru yang saya kasihi adalah kemampuan beliau memahami dan membentuk impian pelajar-pelajar dengan cara yang tegas tetapi memberi impak.

    Antara pesanan beliau yang berbekas adalah jangan berhenti dari meneruskan kehidupan yang baik. Wasalam. Firdhaus.

    firdhaus hasraf

    Mei 16, 2009 at 8:46 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: