Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Pertemuan Sasterawan Malaysia dengan TPM

with 2 comments

Gambar : Latar Pentas majlis

Pihak Institut Terjemahan Negara mengambil kesempatan menghimpunkan para pengarang Malaysia bersempena dengan Majlis Pelancaran 28 judul baharu terjemahan dan terbitan ITNM pada 19 Mei yang lalu di Hotel Shangri La Putrajaya.

Majlis Pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri jadi acara pertemuan dari jauh sahaja apabila tetamu kehormat itu dikerumuni oleh penggiat bahasa dan sastera yang mapan dan saya percaya penuh dengan agenda tersendiri. Saya membayangkan ada sesi dialog antara pengarang dengan TPM. Dengan yang demikian, dapatlah para pengarang bersuara menyatakan hasrat dan luahan hati masing-masing.

Saya fikir hasil daripada pertemuan tersebut, TPM membawa pulang tanpa sebarang catatan tentang apa yang disampaikan oleh beberapa tokoh besar di sekelilingnya sahaja.

Gambar : Nisah, Mawar, Zaiton Abu Samah & Salina Ibrahim

Namun, keseronokan kami para penulis ialah majlis ini semacam satu bentuk reunion dan tempat kami bertanya khabar antara satu sama lain. Maklumlah, menulis itu aktiviti bersendirian. Di dalam majlis-majlis seperti inilah kami dapat bersua wajah dan mengukuhkan kembali silaturrahim.

* * *

Dialog santai :

Abang Helmi (Helmi A. Samad Said) : Kenapa tak jumpa dia?

Saya : Dia tak mahu jumpa saya.

Abang Helmi : Nisah garang sangat!

Saya : Bila pula?

Abang Helmi : Ha, tu dia dah bangun, pergilah jumpa.

Saya : Tak mengapalah. Suatu hari pasti dia akan datang berjumpa saya!


Gambar : Helmi Samad (sedang menoleh) & Dr. Lim Swee Tin

Untuk gambar-gambar lain : silakan ke album saya di facebook. Terima kasih.

Written by annyss

Mei 21, 2009 pada 8:45 am

Dikirim dalam aktiviti sastera

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Insya-Allah borak-borak kosong tempoh hari akan terkesan di dalam jiwa TS Muhyiddin.

    Anuar Manshor

    Mei 21, 2009 at 4:16 pm

  2. Eh, itu nampak macam mak Raihani Mohd. Saaid tu.Hahaha!

    rai

    Mei 22, 2009 at 3:33 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: