Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Bakal terbit Julai 2009

with 5 comments

Alhamdulillah, kelahiran novel ini melalui proses yang agak menyenangkan; biar pun proses penulisannya memakan masa 3 tahun – lantaran gaya penulisan novel bersiri.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan testimonial. Senaskhah novel ini akan saya kirimkan seperti mana janji saya sebelum ini.

Khabarnya, buat masa ini masih belum keluar dari kilang. Tetapi akan saya cuba supaya boleh membuat pesanan prapenerbitan dalam masa terdekat di Ujana Ilmu.

Terima kasih kepada PTS Publication yang bertungkus-lumus dan sudi pula mendengar cadangan daripada pihak penulis serta berkongsi pendapat tentang beberapa hal. Penerbit begini memang mampu bertahan lama kerana apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, insya-Allah, semua pihak akan mendoakan kejayaan kita.

Terima kasih Puan Ainon yang telah menguar-uarkan novel ini terlebih dahulu di Unika PTS.

Saya tidak mahu banyak berjanji kerana apabila sesebuah novel itu terbit, tafsirannya terpulanglah kepada pembaca. Pada saya, ini bukanlah novel cinta biasa. Namun, Lentera Mustika bukanlah sebuah karya berat. Pertama kali saya menulis sebuah novel cinta – langsung cuba mencipta kelainan dalam sifat cinta yang sejagat itu.

Selebihnya, biarlah pembaca yang menafsirkannya.

Harapan saya, menerbitkan buku dengan PTS sebagai satu langkah untuk meluaskan khalayak yang boleh menghargai karya-karya sastera. Saya percaya kepada potensi PTS yang memiliki kekuatan dari aspek pemasaran dan promosi.

Lentera Mustika dijual dengan harga RM18.
.
.

Written by annyss

Jun 26, 2009 pada 5:00 am

5 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Nisah,
    Saya nak pesan sebuah dan sudah tentu siap dengan tandatangan penulisnya sendiri. Boleh tak?

    Melihat Kesunyataan

    Jun 26, 2009 at 10:23 am

  2. Ayahanda,
    Tentu sahaja boleh! Nanti e-melkan alamat kepada saya: nisah.haron@gmail.com

    Nisah Haji Haron

    Jun 26, 2009 at 10:25 am

  3. Nis,
    TAHNIAH! kulit buku yang manis.

    ps: Pak Lang, masih ingat rahsia kita?🙂

    Mawar

    Jun 26, 2009 at 1:44 pm

  4. Kak Nisah,

    saya juga mahu tempah sebuah – lengkap dengan autograf! Tahniah kak!

    Rebecca Ilham

    Jun 26, 2009 at 2:23 pm

  5. Kak Nisah yang dihormati, tahniah atas kelahiran novel yang sudah sempurna pendokumentasiannya.

    tentu saya juga nak sama, tempah awal-awal🙂

    mudahan jadi inspirasi!

    puteribongsu

    Julai 7, 2009 at 9:52 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: