Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

Dapatkan Majalah Dewan Sastera September 2009

with 4 comments


Jika berminat untuk mendapatkan maklumat tentang hal-hal sastera, bacalah Dewan Sastera. Untuk bulan September, majalah ini memfokuskan tentang penulis muda. Saya telah diberi penghormatan bagi menghiasi kulit dalamnya. Oleh itu, ada beberapa karya, artikel dan puisi saya disiarkan pada bulan ini.

Berikut beberapa keratan yang dipetik dari Dewan Sastera :

Cerpen saya, “Aset Istiqamah” yang memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Berunsur Islam ke – 12 telah diterbitkan pada bulan ini.


Sebuah sajak khas, kenang-kenangan terhadap seorang sahabat seperjuangan yang lembut bicaranya, tenang peribadinya dan paling tidak gemar mencari kontroversi serta berlaku jujur di dalam persahabatan telah saya abadikan di dalam sajak berjudul “Kembalikan Hizairi, Sahabat Kami Itu”.

Sedikit catatan tentang peralihan saya daripada menjadi peguam kepada menjadi pengarang sepenuh masa. Turut dinukilkan proses kreatif “Lentera Mustika”.

“Lentera Mustika” telah diperkenalkan dan diulas secara ringkas oleh Shasha.

Faisal Tehrani turut mengambil peluang memberikan kritikan mengikut teori feminisme. Jangan bimbang jika anda tidak tahu apa itu tautologi. Seorang sarjana sastera harus mengambil satu teori dan cuba menyumbatkan karya pilihannya ke dalam teori tersebut. Kritikannya menyorot sudut lain tentang novel ini.

Saya juga mengulas karya terbaharu Dr. Rahmat Haroun Hashim, “Panggil Aku Melaju“. Harapan saya, lebih ramai yang akan mencari novel ini. Sangat baik untuk mereka yang suka berfikir dan mahu merenung tentang asal-usul Melayu.

Jika ada sesiapa yang mungkin berminat untuk mendapatkan majalah Dewan Sastera edisi September 2009 tetapi majalah ini TIDAK dijual di tempat anda, ataupun anda memang malas sangat-sangat hendak ke kedai buku, tidak ada masalah.

Sila e-melkan kepada saya : nisah.haron@gmail.com dengan tajuk “Mahu Membeli Dewan Sastera September 2009“.

i) nama penuh
ii) alamat penuh
iii) nombor telefon
iv) maklumat pembayaran

Harga majalah RM6.00 + kos pos RM4.00 (Pos Ekspres) = RM10.00

Boleh bayar ke mana-mana akaun berikut :

Nama : Mohd Shukri Nasir
Bank : Maybank
Cawangan : Seremban
No. Akaun Simpanan: 164016002847

Nama : Ujana Ilmu Enterprise
Bank : AMBank
Cawangan : Seremban
No Akaun Semasa : 009-201-101171-6

Nama : Mohd Shukri Nasir
Bank : CIMB
Cawangan : Seremban
No Akaun Simpanan : 05140008925522

Nama : Mohd Shukri Nasir
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : Seremban
No Akaun Simpanan : 05-012-02-036500-2

Tolong e-mel maklumat segera selepas pembayaran dibuat. Saya tidak akan tahu secara automatik jika tidak dimaklumkan. Boleh bayar dulu, kemudian e-mel supaya anda tidak menghantar e-mel 2 kali.

(Oh ya, tolong jaga bahasa di dalam e-mel ya!)

Sahabat-sahabat yang ada nombor telefon saya, boleh pesan melalui SMS. Namun, kaedahnya sama seperti mereka yang memesan secara e-mel.

Naskhah yang ada pada saya amat terhad. Jadi, saya terpaksa mendahulukan sesiapa yang telah membuat pembayaran terlebih dahulu.

Saya fikir arahan di atas agak mudah difahami. Jika ada perkara yang saya tertinggal dan perlukan penjelasan, boleh e-mel ataupun tinggalkan di ruang komen.

Terima kasih.
.
.
.

Written by annyss

September 1, 2009 pada 5:00 am

Dikirim dalam Nisah dalam Media

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. "Sebuah sajak khas, kenang-kenangan terhadap seorang sahabat seperjuangan yang lembut bicaranya, tenang peribadinya dan paling tidak gemar mencari kontroversi serta berlaku jujur di dalam persahabatan telah saya abadikan di dalam sajak berjudul "Kembalikan Hizairi, Sahabat Kami Itu"."

    Saya kenal Hizairi selama hampir 4 tahun. Pernah bersama dalam beberapa projek dan aktiviti sastera/bahasa semasa di UM (1990-1994). Sungguhpun persahabatan kami hanya atas kapasiti 'sastera & bahasa', saya sangat menghormati Hizairi sebagai seorang sahabat — dan saya sedikit sebanyak mengenali hati budinya.

    Ya, dia seorang sahabat yang SANGAT JUJUR dalam persahabatan. He was TOTALLY incapable of back-stabbing.

    Dia adalah contoh seorang penulis yang boleh menulis karya yang provokatif dan menikam — TANPA mengadunnya dengan sebarang konflik atau kontroversi. Dia adalah contoh pengarang tulen yang tidak membancuh dan memaksakan idealisme personal ke dalam karya-karyanya. Dia cuma berkongsi apa yang dicerap dan diamatinya dari persekitaran.

    Di mana juga dia berada, semoga Tuhan melindungi dan merahmati perjalanannya.

    Rem

    Ogos 30, 2009 at 2:40 pm

  2. salam kak nisah yang dihormati. salam ramadan. salam tahniah, kak! tentu ren akan dapatkan DS september, di DBPWS.

    Wahyu Budiwa Rendra

    September 1, 2009 at 11:36 am

  3. Salam kak nisah. saya tak sabar nak dapatkan DS September nanti. Teringin juga membaca ulasan Panggil Aku Melaju sebab saya akan kaji teks tersebut di Akademi Sastera peringkat akhir nanti.

    Zulfazlan Jumrah

    September 2, 2009 at 5:38 am

  4. Rem,

    Betapa benar!

    Peribadi, saya fikir saya telah jumpa seorang penulis yang "menulis karya yang provokatif dan menikam" — DENGAN mengadunnya dengan sebarang konflik atau kontroversi." Juga pengarang yang "membancuh dan memaksakan idealisme personal ke dalam karya-karyanya." Pernah merasai 'sahabat' yang "TOTALLY CAPABLE of back-stabbing."

    Saya pernah berasa kecewa untuk berada di dalam lingkungan dunia sastera. Namun, saya anggap inilah satu bentuk 'office politic' bagi pengarang kerana pengarang punya 'pejabat' yang sangat luas.

    Lalu, saya akan kenangkan Hizairi. Walaupun dia tidak kelihatan pada waktu ini, semangatnya masih tersaring dan mampu memberi kekuatan untuk kembali dan mempersetankan apa saja yang berada di sekeliling.

    Ren,
    Tentu bertuah kerana berada dekat dengan sumber DBP bagi mendapatkan majalah dan buku-bukunya. Seberang jalan saja kan?

    Zulfazlan,
    Usah berharap terlalu tinggi akan artikel saya itu. Sekadar sebuah pandangan yang jauh terikat daripada sebarang teori penulisan, walaupun judulnya demikian. Selamat berjaya dalam Akademi Sastera. Ada kelapangan, insya-Allah akan singgah.

    Nisah Haji Haron

    September 2, 2009 at 6:00 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: