Nisah Haji Haron

Lakaran Tinta Terkini

MPR

with 3 comments

Mulai Ahad lepas, saya dan ‘si kecil’ sibuk di DBP, sama-sama menjadi fasilitator untuk Minggu Penulis Remaja 2007 (MPR). Memang mencabar menjadi fasilitator, penceramah dan juga meladeni anak kecil yang cukup kerap menyusu. Apatah lagi, si kecil enggan didukung orang lain selain saya.

Untuk itu, aktiviti ini amat meletihkan. Pun, saya gagahkan juga demi mahu melihat adanya generasi pelapis yang bakal menjadi sasterawan kelak. Saya gagahkan juga membawa buku-buku untuk dijual dan dikongsi dengan mereka kerana saya tahu sukarnya untuk mendapatkan buku-buku yang baik (hatta di kedai koperasi DBP juga). Walaupun getir dan memang menyukarkan, saya lalui juga.

Mujur juga sewaktu berceramah tentang hak cipta dan etika penerbitan, kebetulan suami saya singgah di Kuala Lumpur (pada masa lain, dia harus berada di rumah untuk memantau 3 orang anak kami yang lain), dan dapatlah dia membawa si kecil ‘pusing-pusing’ Kuala Lumpur sementara saya habiskan sesi ceramah. Terima kasih, Sayang !

Masih ada 2 hari berbaki.

Sabtu nanti baru boleh melepas rindu pada anak-anak lain di rumah.

Saya tidak mengharapkan pengorbanan kecil ini ada balasannya untuk diri saya. Tetapi, saya benar-benar berharap adik-adik MPR kali ini tidak akan mensia-siakan pengorbanan semua fasi dan penceramah yang meninggalkan keluarga demi MPR dan kelangsungan dunia sastera Melayu!

Written by Nisah Haron

November 29, 2007 pada 3:59 pm

Dikirim dalam MPR

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Terharu mendengar pengorbanan itu…Apa-apa pun terima kasih Kak Nisah!

    hani salwah yaakup

    November 29, 2007 at 10:33 pm

  2. InsyaAllah, kami tidak akan mensia-siakan pengorbanan para fasi, khususnya Kak Nisah yang telah begitu bersusah payah datang dengan si kecil.

    Doakan supaya kami diberi kekuatan untuk terus menulis. 😉

    Salam,
    Aidil Khalid

    Ideal

    Disember 1, 2007 at 10:06 pm

  3. makasih kak nisah atas pengorbananmu…..
    SHAFIQ MPR 2007

    Shafiq

    Disember 19, 2007 at 12:18 am


Tinggalkan komen